Syukur ya ALLAH.... akhirnya selepas genap 395 hari menjadi tunangan Mohd Izmal bin Mohd Kamal, aku telah sah dinikahkan dalam suasana yang cukup sederhana.
Ditemani bonda tersayang, kakak, adik, dan ahli kelurga yang lain, aku dalam sepersalinan pakaian yang dibuat khas oleh mama ku sayang, syahdu mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam yang bakal menikahkanku....
Hatiku berdebar2 tatkala mendengar bakal suamiku tenang menyambut lafaz akad dari Imam yang diwakilkan oleh bapa saudaraku yang sedang sakit. Hampir menitis air mata ku.... Air mata syukur, bahagia, terharu semuanya bercampur-baur.
Dengan sekali lafaz, status bujang serta-merta bertukar menjadi "married". Aku kini sah menjadi isteri kepada seorang insan bergelar suami.
Ya ALLAH, di saat ini, aku terlalu merindui insan itu. Andainya dia tahu, aku terlalu inginkan dia yang menjadi waliku, menikahkan aku, dan mengamanahkan aku kepada suami. Abah, angah rindu. Ya ALLAH, kau tempatkanlah arwah abahku ditempat orang-orang yang beriman. Al-fatihah untuk arwah abah.

Kepada suamiku,
aku bersyukur diberi peluang untuk menjadi isterimu,
aku akan cuba menjadi yang terbaik untukmu,

En.suami,
cuma yang aku pinta,
bimbinglah aku.... untuk menjadi seorang isteri solehah
bentuklah aku..... agar aku menjadi muslim sejati yang sentiasa memperbaiki diri
sayangi lah aku..... kerana sesungguhnya aku terlalu menyayangimu

terima kasih suamiku,
kerana kau memilih aku untuk menjadi suri hidupmu...
syukur Ya ALLAH atas kebahagiaan yang kau berikan. Alhamdulillah