-------> LaDiEs CeLotEh <-------


**ViEwiNg KASIH's bLog LiKes diViNg iNto KASIH's PeRsOnAL LiFE**

~~DuLu2 WaT bLog nie Sebab as compuLsOry for the EngLish SubjeCt by LectuRer... After GraDuAtion, TeRaSa mAcaM nAk LaYan BloGgiNg.. JuSt dRop by Kalau ada maSA.. LayaAaAnnn~~

***haPpY2 jA LayAn bLogging to EkspreSS my feElings and my bOredom... Just want to sHarE wiTh oThers aPa iTu KeboSaNaN..... I'm nOt tHe oNe yg paNdai bErmAin dAn mEnyUsun katA2 yG inDaH....taPi juSt try to FiLL mY Blog dgn epiSod2 yG bErLakU dalaM kEhiduPan seHaRiaN***


Sunday, May 26, 2013

~Majlis Bertandang/ Sambut Menantu @Sungai Petani~

Dah alang-alang nak penat kan?? Biaq la penat sekaligus, lepas nie boleh rehat puas2.. That's why, aku nak majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki dibuat sehari selepas majlis resepsi di pihak perempuan. 

Walaupon semua masih penat, tapi majlis bertandang tetap meriah. 

Sebelum upload gambaq majlis bertandang, nie haaaa..... gambaq family mertua time kat majlis resepsi kat Felda Sungai Tiang. Lelaki di belakang adalah Izmanizam (zam), adik kedua suami aku, bersama isterinya, Shurina (nana) dan the cute one yang debok2 tu anak zam n nana, Nur Surfina Imani.... yang duduk baju biru tu Izrulnaim (naim) adik bongsu suami dan yang berbaju ikot tema tu adalah my mother-in-law... Mama Maria... the best mother-in-law ever.


Haaaa.... finally, ini gambaq2 majlis bertandang... Penat sangat time nie.. tapi senyum jugak utk para tetamu yang hadir. Dan di majlis ini, pertama kali aku jumpa dengan kawan2 suami sebab sebelum ni aku tak pernah ikot dia jumpa dgn kawan2 dia

Family yang ikot berkonvoi

Kakak n adik yang dah keletihan

Kawan2 suami dan isteri masing2

Ayah Wan

Apa laaaa... nak kena tikam pon senyum meh...
Yeaaaaayyyyyyyy..... majlis resepsi di pihak perempuan dan pihak lelaki dah selesai, dapat berehat puas2 la lepas nie.... En.Suami pon dapat cuti lama, boleh la rehat di kampung puas2... Selepas seminggu di kampung, Felda Sungai Tiang, kami balik ke rumah Sungai Petani, dan En.Suami pon officially berpindah masuk ke rumah.
Thanks GOD for this happiness. Alhamdulillah

Semoga kehidupan kami dalam melayari alam rumah tangga ini diberi keberkatan dan bahagia ke akhirnya. 

Amin ya Rabbal "Alamin

Saturday, May 25, 2013

~Our Reception~

** Credit to Kaklong Zafirah n Abg Is for this great picture **

This is my lovely family yang menjayakan majlis ini dengan sempurna. Thanks mum, being a great mother, conduct majlis dengan baik. Love u damn much mama. Terima kasih jugak utk bridesmaid yang cun-melecun, my younger sisters, Atin n Ikah.. tunggu turn hampa kawin nanti, anak2 kami plak yang jadi bridesmaid or flower girl/boy okay hehehe. 
Muka bridesmaid nie after diolah oleh jurumekap profesinal, terserlah kesamaannya..... hehehehe,.. santek kan

 Even masing2 dah penat, masih maintain hadiahkan senyuman untuk jemputan2 yang masih datang tatkala jam menunjukkan hampir jam 5petang. 

Bersama dengan ini, aku titipkan lagi gambar2 majlis resepsi pada hari ini dimana merupakan hari terindah buat aku dan suami, begitu juga kakak n abg iparku. 
~~Awat muka laki cek cam xlarat nak qenyeh ja~

~Bridesmaid yang melaram sakan~

~Enam beradik meniti hari bahagia~



Love all of u damn much

Semoga keluarga ini akan lebih bahagia dan akan menjadi the best family in the world.

~~Our Big Day~~Our Reception Day~

Tanggal 25.05.2013 dinanti dengan penuh debar....

Hari ini merupakan hari terindah dimana aku dan suami menjadi Raja Sehari....

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan dengan penuh susah-payah menjayakan majlis pada hari ini. Insan paling bahagia dan paling sibuk dalam menguruskan majlis adalah my lovely mom, Puan Zakiah Hussain. Ke hulu ke hilir sampai hampir pengsan.

Terima kasih kepada paksu Det, maksu Liana yang sponsor satay n bawak family mai untuk jamuan barbeque, terima kasih abg Man n kak Miza sponsor daging kambing imported from KL, terima kasih kepada semua adik-beradik dan sanak saudara yang memeriahkan majlis barbeque dan majlis resepsi kami. 

Sesekali berkumpul sanak-saudara sangat best. Sudah lama kami tak berkumpul macam nie.. Semua anak2 Tok Nab n Tok Hussain balik utk memeriahkan majlis nie. Riuh sekampung dengan suara-suara ibu2 berceloteh, ayah-ayah yang riuh debatkan hal2 semasa, sepupu2, anak2 saudara yang berlari ke sana ke sini. 

Terima kasih utk bonda dan kakak yang banyak mengeluarkan modal untuk majlis perkahwinan ini....

Sesungguhnya ini adalah perkahwinanku yang pertama dan untuk yang terakhir jua.


Saturday, February 23, 2013

~~My Solemnization~~

Syukur ya ALLAH.... akhirnya selepas genap 395 hari menjadi tunangan Mohd Izmal bin Mohd Kamal, aku telah sah dinikahkan dalam suasana yang cukup sederhana.

Ditemani bonda tersayang, kakak, adik, dan ahli kelurga yang lain, aku dalam sepersalinan pakaian yang dibuat khas oleh mama ku sayang, syahdu mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam yang bakal menikahkanku....

Hatiku berdebar2 tatkala mendengar bakal suamiku tenang menyambut lafaz akad dari Imam yang diwakilkan oleh bapa saudaraku yang sedang sakit. Hampir menitis air mata ku.... Air mata syukur, bahagia, terharu semuanya bercampur-baur.

Dengan sekali lafaz, status bujang serta-merta bertukar menjadi "married". Aku kini sah menjadi isteri kepada seorang insan bergelar suami.

Ya ALLAH, di saat ini, aku terlalu merindui insan itu. Andainya dia tahu, aku terlalu inginkan dia yang menjadi waliku, menikahkan aku, dan mengamanahkan aku kepada suami. Abah, angah rindu. Ya ALLAH, kau tempatkanlah arwah abahku ditempat orang-orang yang beriman. Al-fatihah untuk arwah abah.
Kepada suamiku,
aku bersyukur diberi peluang untuk menjadi isterimu,
aku akan cuba menjadi yang terbaik untukmu,
En.suami, 
cuma yang aku pinta, 
bimbinglah aku.... untuk menjadi seorang isteri solehah
bentuklah aku..... agar aku menjadi muslim sejati yang sentiasa memperbaiki diri
sayangi lah aku..... kerana sesungguhnya aku terlalu menyayangimu
terima kasih suamiku,
kerana kau memilih aku untuk menjadi suri hidupmu...

syukur Ya ALLAH atas kebahagiaan yang kau berikan. Alhamdulillah

Sunday, January 27, 2013

~~Kembali berblogging~~

Dah lama tak berblogging..... Pelbagai peristiwa pahit manis yang aku lalui semenjak munculnya tahun 2013 nie... tapi tak sempat nak diluahkan di blog kerana kekangan masa. Makin hari makin tekanan jiwa aku nie fikirkan masalah yang tak sudah-sudah....

Kakak hendak akad nikah pada 10hb Februari nanti tapi bila p nak mintak tandatangan untuk jadi wali kat bapak sedara aku yang sombong tu, dia dengan sombongnya menolak permintaan mama aku... Tegarnya dia buat macam tu... Mama aku malam tu jugak pi Putrajaya dengan tok siak dan tok imam utk berjumpa dgn paklang yang sedang sakit utk mintak jadi wali dan wakilkan wali kat tok imam.

Akhirnya segala urusan selesai dan aku yang pada mulanya nak akad nikah pada 30.03.2013 terpaksa awalkan tarikh akad nikah kerana takut akan sebarang kemungkinan berlaku pada paklang yang sedang sakit.

Tapi persiapan aku satu apa pon tak siap lagi, cincin tak beli lagi, baju tak buat lagi... Aaaaargggh tensionnya aku... Nasib baik tunang aku memahami. dia tak push aku utk semua tu sebab dia sendiri ketaq n berdebar-debar hendak di akadnikah kan.... kalau ikot tu, pihak lelaki la yg akan berdebar-debar kan sebab dia yg akan genggam tangan tok imam dan kita just tnggu utk aminkan.... tapi ni aku yg ketaq memandangkan sifat si tunang yang darah gemuruh tu,.... jgn dia pengsan time aku akad nikah dh la....

tak lama lagi aku akan jadi isteri orang, macam tak percaya. syoq ada, sedih pon ada.... syoq sebab akan ada seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga dan akan menjaga aku, menemani aku.... tapi yg sedihnya aku dh tak blh enjoy zaman-zaman muda nie mcm sebelum kawin. dh tak dpt nk luang masa lebih-lebih dgn kawan2 aku, dh tak dpt nk p mana-mana sorang2, dh tak dpt lepak-lepak kt umah kawan, tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua nie.... sekarang, mungkin bnyk perasan sedih daripada gembira, tpi sapa tau kuasa ALLAH... Dia yang menentukan jodoh ini, dan hnya Dia yg tau hikmah disebalik semua ni....
aku cuma berharap yg encik suami tak mengongkong kehidupan aku kerana sejak azali aku tidak suka dikongkong..


Sunday, October 28, 2012

kursus kahwin

mak mertua dah start tanya dh bila nk p kursus kahwin....

huhu.....
so tekanan ni....

nmpaknya this week cant make it la.....

maybe next 2 weeks br la keluar dr kesibukan nie n blh la pi....

mak mertua aku nie semangat waja n nak sgt dia tgk aku akad nikah 12.12.12 nie 

huhu,... adakah mungkin????

aku nak bebas dulu.,.... baru ja nak rasa kebebasan alam remaja.,....

takpa2, alang2 dah mak mertua tanya nie.... aku pon dh start pikir nk pakai baju kaler pa utk akad nikah..

erm.. hehehehe..... mula dh la kena google every single thing about the akad nikah day.....

Tuesday, October 23, 2012

~~Jatuh Cinta~~

Semalam sebaik saja menyiapkan semua keja, pukul 11.45 malam baru gerak balik dari UiTM.....

Before that, p berbuka puasa di Tesco with my best buddies, Kak Mas (bakal pengantin), Nik Liyana, n Husna.... Then, lepas berbuka singgah umah aku di Sungai Lalang nak solat n amik barang p tdoq rumah husna.....

Then, bila dh smpai rumah, siap mandi n tunaikan apa yang wajib, untuk hilangkan stress, buka laptop n ngadap movie Jepun... even letih tp tetap gak nk tgk... hehehe... akhirnyaaaa

Pukul 3.00pagi baru nak tdoq..... semangat waja tgk movie smpai habis sebab dah jatuh hati dengan hero..... macam nk mimpikan si hero.... wah.... sgt sweet kot dia dlm watak tu


Suka watak dia... best, sweet jaaaa...... jatuh cinta plak dah aku nie.... (*_*)

nak ulang tgk citer nie sampai jemu.... hehehehehe..... like the most

Monday, October 1, 2012

Buddies

Nie time celebrate birthday nik liyana...... mcm2 adegan berlaku time nie.... gelak guling2....
Mang bila duduk ja 5 sekawan, aku, husna, waheeda, nik n kakmas, mang gamat la level nie

 

Love them a lot.....

 

thanks ALLAH for giving me the best friends wherever I am......

Tuesday, September 11, 2012

~~COOLBLOG~~

Dulu kalau p Tesco Bakar Arang, Sungai Petani.... pi foodcourt, tengok ja kedai coolblog nie..... tak terlintas langsong difikiran nak beli, nak try atau nak apa2 je laa.....sebab rasa mcm nie makanan budak2 ja.... One day, si afnan nie.. (afnan nie hantu coolblog)..... sungguh2 dia ajak p cr coolblog.... mengidam ka apa taktaw la..... so p la cr.... bulan posa time tu..... so.... sapa yg ajak, dia la yg blnja kan....... erm... time tu mang paw dia laaaa... hahahahah kejam kan..... quit ok la coolblog tu.... starting from that time, mang kerap la p cr coolblog..... even klu keluar berdua dgn husna pon akan p beli bnda tu.... huhu... mcm budak2 ja.....

budak2 nie plak mang hantu coolblog la.... prangai plak mang sgt2 jahat la..... dh la p coolblog tak inform kt kawan depa si ash tu, then, nk snap pic and sj nk tayang kt ash.... mang cm budak2.... the most important thing yg depa nie slalu sgt nk p coolblog tu sbb nk ngorat awek2 kt ctu.... depa nie mang sgt sempoi.... happening manjang..... prangai mang toksah kata apa la.... mang klu dok ngan depa nie, dgn aku2 skali jd gila mcm depa,.... tmbh2 lg klu dpt tgk pompuan.... msg2 buat macho la konon.....

si daniel yg pakai tshirt game over tu dulu malu2 kucing... then, after be fren with afnan mang hilang kemaluannya tu.... rupanya dia nie bila jd diri dia yg sebenaq, sgt sempoi, xcontrol macho... otak gila2.,... memang dpt prangai gila afnan...

afnan yg tshirt coklat mang takpayah nk describe apa2 la.... dia mang tersangat la ramah.... every single thing he want to tell me.... akan ada ja bnda dia nk cerita.... non stop klu dia blh bercakap,.... prangai dia mang lg gila la dr daniel sbb dia nie tok guru daniel.... yg nie mang pantang nmpk pompuan.... ada ja ayat2 dia nk mengayat.... tpi even dia gatai pon, bila da pompuan yg ngorat dia, diam seribu bahasa, malu la konon.... meluat..... hahahahha....
yg tshirt biru tu nik haqeem.... dia nie paling baik la antara tiga2 budak mereng nie,.... dia pemalu n pendiam sikit..... dia nie murah ngan snyuman.... kdg2 dia ikot gak jd gatai mcm kwn2 dia yg dua org tu, tpi dia slow skit dr depa.... kdg2 cakap bnyak gak la......

serba sikit pasai depa nie.,.... sorg lg geng lepak depa nie nama qamari...... qamari pon sgt baik.... tpi dh lama tak lepak ngan dia.... sbuk study la kot.... nk score dekan utk first sem katanya......

ni haaaaaa yg berbaju kemeja belang2 tu la qamari............ depa nie best fren......
qamari nie pon peramah gak... sgt2.... akan ada ja lawak yg dia nk wat.... mang keras prut gelak klu dia ada.... dia nie anak org kaya, tpi tadak la sombong sgt.... sebelah foodcourt nie ada kdai makan Qbistro.... dok bangga kta yg tu kdai dia.... benci btoi.... dh lama tak hang out ngan dia....

Sunday, June 24, 2012

~~Episod baru bermula~~

UiTM dihatiku..........

tak pernah terpikiaq langsong yg aku akan kembali kesini.....
sebagai pensyarah.....
perrrgggghhhh terbaek la.....

panggilan yg tak dijangka dr kak munirah memberi khabar gembira
yang aku telah diterima

aku berjanji akan menjadi pendidik yg dpt membantu anak bangsa berjaya dengan cemerlang