-------> LaDiEs CeLotEh <-------


**ViEwiNg KASIH's bLog LiKes diViNg iNto KASIH's PeRsOnAL LiFE**

~~DuLu2 WaT bLog nie Sebab as compuLsOry for the EngLish SubjeCt by LectuRer... After GraDuAtion, TeRaSa mAcaM nAk LaYan BloGgiNg.. JuSt dRop by Kalau ada maSA.. LayaAaAnnn~~

***haPpY2 jA LayAn bLogging to EkspreSS my feElings and my bOredom... Just want to sHarE wiTh oThers aPa iTu KeboSaNaN..... I'm nOt tHe oNe yg paNdai bErmAin dAn mEnyUsun katA2 yG inDaH....taPi juSt try to FiLL mY Blog dgn epiSod2 yG bErLakU dalaM kEhiduPan seHaRiaN***


Saturday, May 25, 2013

~~Our Big Day~~Our Reception Day~

Tanggal 25.05.2013 dinanti dengan penuh debar....

Hari ini merupakan hari terindah dimana aku dan suami menjadi Raja Sehari....

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan dengan penuh susah-payah menjayakan majlis pada hari ini. Insan paling bahagia dan paling sibuk dalam menguruskan majlis adalah my lovely mom, Puan Zakiah Hussain. Ke hulu ke hilir sampai hampir pengsan.

Terima kasih kepada paksu Det, maksu Liana yang sponsor satay n bawak family mai untuk jamuan barbeque, terima kasih abg Man n kak Miza sponsor daging kambing imported from KL, terima kasih kepada semua adik-beradik dan sanak saudara yang memeriahkan majlis barbeque dan majlis resepsi kami. 

Sesekali berkumpul sanak-saudara sangat best. Sudah lama kami tak berkumpul macam nie.. Semua anak2 Tok Nab n Tok Hussain balik utk memeriahkan majlis nie. Riuh sekampung dengan suara-suara ibu2 berceloteh, ayah-ayah yang riuh debatkan hal2 semasa, sepupu2, anak2 saudara yang berlari ke sana ke sini. 

Terima kasih utk bonda dan kakak yang banyak mengeluarkan modal untuk majlis perkahwinan ini....

Sesungguhnya ini adalah perkahwinanku yang pertama dan untuk yang terakhir jua.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.