-------> LaDiEs CeLotEh <-------


**ViEwiNg KASIH's bLog LiKes diViNg iNto KASIH's PeRsOnAL LiFE**

~~DuLu2 WaT bLog nie Sebab as compuLsOry for the EngLish SubjeCt by LectuRer... After GraDuAtion, TeRaSa mAcaM nAk LaYan BloGgiNg.. JuSt dRop by Kalau ada maSA.. LayaAaAnnn~~

***haPpY2 jA LayAn bLogging to EkspreSS my feElings and my bOredom... Just want to sHarE wiTh oThers aPa iTu KeboSaNaN..... I'm nOt tHe oNe yg paNdai bErmAin dAn mEnyUsun katA2 yG inDaH....taPi juSt try to FiLL mY Blog dgn epiSod2 yG bErLakU dalaM kEhiduPan seHaRiaN***


Sunday, May 26, 2013

~Majlis Bertandang/ Sambut Menantu @Sungai Petani~

Dah alang-alang nak penat kan?? Biaq la penat sekaligus, lepas nie boleh rehat puas2.. That's why, aku nak majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki dibuat sehari selepas majlis resepsi di pihak perempuan. 

Walaupon semua masih penat, tapi majlis bertandang tetap meriah. 

Sebelum upload gambaq majlis bertandang, nie haaaa..... gambaq family mertua time kat majlis resepsi kat Felda Sungai Tiang. Lelaki di belakang adalah Izmanizam (zam), adik kedua suami aku, bersama isterinya, Shurina (nana) dan the cute one yang debok2 tu anak zam n nana, Nur Surfina Imani.... yang duduk baju biru tu Izrulnaim (naim) adik bongsu suami dan yang berbaju ikot tema tu adalah my mother-in-law... Mama Maria... the best mother-in-law ever.


Haaaa.... finally, ini gambaq2 majlis bertandang... Penat sangat time nie.. tapi senyum jugak utk para tetamu yang hadir. Dan di majlis ini, pertama kali aku jumpa dengan kawan2 suami sebab sebelum ni aku tak pernah ikot dia jumpa dgn kawan2 dia

Family yang ikot berkonvoi

Kakak n adik yang dah keletihan

Kawan2 suami dan isteri masing2

Ayah Wan

Apa laaaa... nak kena tikam pon senyum meh...
Yeaaaaayyyyyyyy..... majlis resepsi di pihak perempuan dan pihak lelaki dah selesai, dapat berehat puas2 la lepas nie.... En.Suami pon dapat cuti lama, boleh la rehat di kampung puas2... Selepas seminggu di kampung, Felda Sungai Tiang, kami balik ke rumah Sungai Petani, dan En.Suami pon officially berpindah masuk ke rumah.
Thanks GOD for this happiness. Alhamdulillah

Semoga kehidupan kami dalam melayari alam rumah tangga ini diberi keberkatan dan bahagia ke akhirnya. 

Amin ya Rabbal "Alamin

Saturday, May 25, 2013

~Our Reception~

** Credit to Kaklong Zafirah n Abg Is for this great picture **

This is my lovely family yang menjayakan majlis ini dengan sempurna. Thanks mum, being a great mother, conduct majlis dengan baik. Love u damn much mama. Terima kasih jugak utk bridesmaid yang cun-melecun, my younger sisters, Atin n Ikah.. tunggu turn hampa kawin nanti, anak2 kami plak yang jadi bridesmaid or flower girl/boy okay hehehe. 
Muka bridesmaid nie after diolah oleh jurumekap profesinal, terserlah kesamaannya..... hehehehe,.. santek kan

 Even masing2 dah penat, masih maintain hadiahkan senyuman untuk jemputan2 yang masih datang tatkala jam menunjukkan hampir jam 5petang. 

Bersama dengan ini, aku titipkan lagi gambar2 majlis resepsi pada hari ini dimana merupakan hari terindah buat aku dan suami, begitu juga kakak n abg iparku. 
~~Awat muka laki cek cam xlarat nak qenyeh ja~

~Bridesmaid yang melaram sakan~

~Enam beradik meniti hari bahagia~



Love all of u damn much

Semoga keluarga ini akan lebih bahagia dan akan menjadi the best family in the world.

~~Our Big Day~~Our Reception Day~

Tanggal 25.05.2013 dinanti dengan penuh debar....

Hari ini merupakan hari terindah dimana aku dan suami menjadi Raja Sehari....

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan dengan penuh susah-payah menjayakan majlis pada hari ini. Insan paling bahagia dan paling sibuk dalam menguruskan majlis adalah my lovely mom, Puan Zakiah Hussain. Ke hulu ke hilir sampai hampir pengsan.

Terima kasih kepada paksu Det, maksu Liana yang sponsor satay n bawak family mai untuk jamuan barbeque, terima kasih abg Man n kak Miza sponsor daging kambing imported from KL, terima kasih kepada semua adik-beradik dan sanak saudara yang memeriahkan majlis barbeque dan majlis resepsi kami. 

Sesekali berkumpul sanak-saudara sangat best. Sudah lama kami tak berkumpul macam nie.. Semua anak2 Tok Nab n Tok Hussain balik utk memeriahkan majlis nie. Riuh sekampung dengan suara-suara ibu2 berceloteh, ayah-ayah yang riuh debatkan hal2 semasa, sepupu2, anak2 saudara yang berlari ke sana ke sini. 

Terima kasih utk bonda dan kakak yang banyak mengeluarkan modal untuk majlis perkahwinan ini....

Sesungguhnya ini adalah perkahwinanku yang pertama dan untuk yang terakhir jua.